2011年10月14日星期五

RPH Pendidikan Moral

Mata Pelajaran:
Pendidikan Moral Tahun 2
Tema/ Tajuk
Kepercayaan kepada Tuhan
Masa:
7.30 – 8.00 pagi  (30 minit)
Standard Pembelajaran:
1.1.1, 1.1.4


Objektif:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
1.    Menceritakan amalan beribadat dalam keluarga.
2.    Melaksanakan amalan beribadat bersama keluarga
Aktiviti:
1.     Guru memaparkan gambar dan video mengenai amalan beribadat pelbagai agama.
2.     Murid menceritakan amalan beribadat keluarganya berdasarkan gambar.
3.     Murid melakonkan amalan beribadat yang biasa dilakukan bersama keluarga.
4.     Murid menyiapkan lembaran kerja.
EMK:
Keusahawan – EK1 (1.8), EK5 (5.3)

BBM/Media:

Komputer, slaid powerpoint gambar amalan beribadat, lembaran kerja
Penilaian P&P:
Lembaran kerja (Padankan gambar amalan beribadat dengan agama yang berkaitan).
Refleksi:
15 orang daripada 20 orang murid telah mencapai objektif P&P.  Murid belum menguasai akan diberi bimbingan dalam aktiviti yang lain.

                                                         


Contoh Modul Pendidikan Moral Tahun 2 ini menerapkan elemen keusahawanan dengan Pendekatan Pengintegrasian. Aktiviti P&P melibatkan bercerita dan berlakon cara beribadat menurut agama masing-masing.

Dalam aktiviti P&P 1: Tiada elemen diterapkan. Murid hanya menonton video mengenai contoh-contoh amalan beribadat pelbagai agama.

Di dalam aktiviti P&P 2: Tiada elemen diterapkan. Murid hanya menceritakan cara beribadat mengikut agama masing-masing.

Di dalam aktiviti P&P 3: Ada dua elemen diterapkan.
1. Elemen Keusahawan Pertama (EK1 – 1.8  Kesanggupan belajar daripada kesilapan). Semasa sesi berlakon, murid boleh belajar sesama sendiri tentang cara yang betul untuk sembahyang.
2.  Elemen Keusahawan Kelima (EK5 - 5.3  Prinsip Hak Manusia: amalan menghormati hak manusia). Semasa sesi berlakon, murid-murid yang sedang menonton lakonan tersebut  boleh memahami dengan lebih lanjut tentang amalan beribadat bangsa lain.

没有评论:

发表评论

下次再来哟!!