2011年10月14日星期五

RPH Pendidikan Moral Tahun 3

Mata Pelajaran:
Pendidikan Moral Tahun 3
Tema/ Tajuk
Bertanggungjawab
Masa:
7.30 – 8.00 pagi  (30 minit)
Standard Pembelajaran:
3.1.1, 3.1.2


Objektif:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
1.    Menyenaraikan tanggungjawab mereka di sekolah.
2.    Menyenaraikan cara melaksanakan tugas mereka di sekolah.
Aktiviti:
1.     Guru memaparkan gambar-gambar mengenai murid yang sedang bertugas di dalam kawasan sekolah.
2.     Murid menyenaraikan tanggungjawab mereka di sekolah.
3.     Murid menyenaraikan cara melaksanakan tugas mereka di sekolah..
4.     Murid menyiapkan lembaran kerja.
EMK:
Keusahawan – EK1 (1.1 , 1.5, 1.6, 1.9), EK2 (2.1),
                         EK5 (5.2)

BBM/Media:

Komputer, slaid powerpoint gambar-gambar murid sedang bertugas, lembaran kerja
Penilaian P&P:
Lembaran kerja (Padankan gambar-gambar murid yang sedang bertugas dengan nama tugas yang betul).
Refleksi:
18 orang daripada 20 orang murid telah mencapai objektif P&P.  Murid belum menguasai akan diberi bimbingan dalam aktiviti yang lain.



Contoh Modul Pendidikan Moral Tahun 3 ini menerapkan elemen keusahawanan dengan Pendekatan Pengintegrasian. Aktiviti P&P melibatkan murid menyenaraikan tanggungjawab dan cara melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah .
Dalam aktiviti P&P 1: Tiada elemen diterapkan. Murid hanya menonton gambar mengenai contoh-contoh murid yang sedang bertugas.
Di dalam aktiviti P&P 2: Elemen yang diterapkan ialah Elemen Keusahawan Pertama (EK1 – 1.6  Keinginan kepada maklum balas segera.) Murid memberitahu tugas-tugas mereka di sekolah secara spontan.
Di dalam aktiviti P&P 3: Ada 3 elemen diterapkan.
1.  Elemen Keusahawan Pertama,
EK1 –1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan, contohnya, murid yang bertugas sebagai Pengawas Sekolah harus mengawas di kawasan dan dalam masa yang ditetapkan oleh Guru Disiplin.
EK1 –1.5 Fleksibiliti, semasa pengawas menahan murid yang melanggar peraturan, dia harus sedia mendengar alasan yang diberikan murid tersebut dan bukannya mengambil tindakan disiplin secara membuta tuli.
EK1- 1.9 Berkeupayaan memimpin, murid yang bertugas sebagai Ketua Darjah harus menunjukkan teladan yang baik dan memberi arahan yang jelas  kepada rakan sekelas. 
2. Elemen Keusahawan Kedua,
EK2 – 2.1 Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan, contohnya, Pengawas Sekolah yang sedang bertugas harus memerhatikan kawasan yang mereka sedang awasi untuk memastikannya murid tidak melanggar peraturan.
3. Elemen Keusahawan Kelima,
EK5 – 5.2 Prinsip Keadilan, contohnya, Pengawas Perpustakaan harus mengenakan denda yang setimpal kepada murid yang lewat pulang buku tanpa mengira hubungan karib mereka.

没有评论:

发表评论

下次再来哟!!