Sajak II

Rangkap:
Selain rangkap, istilah-istilah lain yang digunakan untuk membicarakan sajak ialah bait dan stanza. Istilah ini ada hubungannya dengan perenggan atau paragraf dalam karya prosa tetapi mempunyai aturan sendiri. Paling minimum, sesebuah sajak mempunyai SATU rangkap. Ia boleh mencapai seberapa banyak rangkap.
Baris
Kita memahami bentuk sajak daripada baris-baris dalam sesuatu rangkap. Kita dapat mengenalpasti jumlah baris dalam rangkap-rangkap yang ditulis. Baris-barisi itu memperlihatkan bentuk sebenar sajak. Jumlah baris dalam rangkap-rangkap boleh berbeza dalam sesebuah sajak.
  1. Monoton : - hanya ada SATU baris dalam rangkap
  2. Distikon : - bentuk sajak yang mengandungi DUA baris dalam satu rangkap.
  3. Terzina : - merujuk kepada sajak yang mengandungi tiga baris serangkap.
  4. Quatrain : - sajak yang mengandungi EMPAT baris dalam satu rangkap.
  5. Quint : - sajak yang mengandungi LIMA baris bagi setiap rangkap.
  6. Sekstet : - berasal dari kata six atau ENAM. Merujuk kepada sajak yang mengandungi enam baris serangkap.
  7. Septain : - sajak yang mengandungi TUJUH baris serangkap.
  8. Oktaf : - sajak yang mengandungi LAPAN baris bagi setiap rangkap.
  9. Soneta : - sajak yang mengandungi EMPAT BELAS baris yang semuanya dengan EMPAT rangkap. Rangkap pertama dan kedua mengandungi masing-masing empat baris. Rangkap ketiga dan keempat masing-masing mengandungi tiga baris.
Suku Kata:
Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak perlu juga membuat penelitian terhadap jumlah suku kata (syllable) dalam sesuatu baris sajak dalam sesuatu baris sajak. Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah suku kata. Bagaimanapun, ada sajak yang secara tidak langsung terpengaruh dengan jumlah suku kata. Ini dikaitkan dengan jumlah suku kata yang terdapat dalam pantun dan syair. Jika sajak itu terpengaruh dengan bentuk puisi tradisi, dikatakan sajak itu terikat (persis bentuk pantun dan syair).
Persoalan:
Perkara-perkara atau isu-isu sampingan yang dikemukakan oleh penyajak dalam sesebuah karya puisi/ sajak. Contoh : persoalan dalam cerpen, persoalan-persoalan yang dikemukan dalam sajak menyokong tema yang dikemukakan dalam sajak tersebut.Satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya.
-          satu rangkap mengandungi satu persoalan
-          seperti kemiskinan, kebebasan sosial, cinta remaja dan sebagainya.
Untuk mendapatkan persoalan: berikan maksud keseluruhan sajak dari rangkap ke rangkap. Setiap rangkap mempunyai persoalannya tersendiri. Persoalan-persoalan sajak ialah rumusan daripada kesemua rangkap sajak yang telah dihuraikan maksudnya.
            Sesebuah sajak selalunya mempunyai satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Biasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Jika sajak itu mempunyai tiga rangkap, boleh jadi ia mempunyai tiga persoalan. Selalunya antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan, rasuah, kebebasan, sosial, cinta, ketuhanan, pelajaran, peperangan dan sebagainya. Untuk mendapatkan persoalan, langkah awal yang perlu dilakukan ialah memberikan maksud keseluruhan sajak.
Tema:
Tema ialah persoalan pokok atau idea utama yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca melalui sajaknya. Persoalan pokok ini merupakan perkara yang menjadi fokus dalam sesebuah sajak. Tema menjadi dasar kepada karya dan menggerakkan jalan cerita atau isi sajak secara keseluruhan. Dalam sesebuah sajak atau karya, hanya terdapat SATU tema. Proses mendapatkan tema perlulah melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan. Biasanya salah satu daripada persoalan yang dikemukakan oleh penyajak dapat dijadikan tema sajak. Persoalan yang paling penting atau paling banyak diperkatakan oleh penyajak boleh disimpulkan sebagai tema. Proses mendapatkan tema dapat dilihat seperti berikut:
Rangkap 1 _Maksud_Persoalan Rangkap 2_Maksud_Persoalan Rangkap 3_Maksud_Persoalan
            Tema ialah suatu ide (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya. Ianya tidak ditulis (bersifat abstrak). Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu. Dalam hal itu, persoalan yang penting boleh disimpullkan menjadi sebuah tema.
Perutusan:
            Disebut juga sebagai amanat, motif atau tujuan sebenar penyair menghasilkan puisi. Ia bersifat positif dan konstruktif atau mengarah kepada hal-hal yang baik dalam kehidupan manusia. Perutusan pada hakikatnya dapat disebut sebagai PESANAN penting yang ingin disampaikan oleh PENYAJAK di sebaliknya pemikiran yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh: sesungguhnya sesuatu sajak itu mengisahkan tentang pohon atau sungai tetapi ia mempunyai perutusan yang positif di sebaliknya dan menjadi amanat atau pesanan yang baik kepada pembaca.

Memberi maksud atau menghuraikan
Memberi maksud sesuatu sahaja itu TIDAK SAMA dengan MEMPROSA. Dalam memberi maksud atau menghurai, kita mempunyai kebebasan yang lebih mengikut kefahaman yang diperoleh. Satu rangkap hendaklah dihurai dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. Tujuan huraian ini adalah untuk memberikan kefahaman sebenar kepada pembaca lain. Ini bermakna memberi maksud biasanya menjadi lebih panjang daripada sajak asal ataupun daripada bentuk memprosa.
Dalam keadaan sedemikian, kita hendaklah memberi makna sebenar kepada setiap kata atau istilah yang digunakan oleh penyajak. Unsur-unsur simbolik hendaklah diselesaikan dengan makna yang sebenarnya. Dengan kata lain, kita sebenarnya cuba menyampaikan mesej dalam bentuk huraian biasa yang dipindahkan daripada satu sajak atau kata-kata yang ekonomis. Memberi maksud atau menghuraikan sesuatu sajak itu adalah lebih mencabar berbanding memprosa. Memprosakan sajak itu mudah dan ramai yang dapat memprosakan sajak dengan baik. Namun, tidak ramai yang mampu untuk menghuraikan atau memberi maksud sajak dengan baik.
Dalam menghuraikan maksud, kita mempunyai kebebasan mengikut fahaman masing-masing. Satu rangkap hendaklah dihuraikan dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. Setiap ayat, baris, perkataan simbolik dan sebagainya perlu diberikan maksud. Dengan kata lain, ianya menyampaikan suatu mesej dalam bentuk huraian biasa yang dipindahkan daripada satu sajak. Ada kalanya, latar belakang penulis sajak perlu diketahui bagi menyokong kefahaman pembaca.

Rima
-          Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris puisi bagi bait-bait tertentu. Rima mungkin terdapat di awal, di tengah atau di hujung. Ia memberikan nada atau rentak yang menarik bagi sesebuah  puisi lama mahupun puisi moden.
  • Rima Awal
-          Rima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi lama atau moden. Rima ini bersamaan dengan istilah ANAFORA.

  • Rima Akhir
-          Rima akhir pula adalah berlawanan dengan konsep rima awal, iaitu bunyi suku kata akhir dalam sesebuah puisi sama ada secara bertentangan atau secara sama. Rima sama di hujung : dalam sajak disebut sebagai EPIFORA.

Bentuk Sajak
Terikat :
-          Terikat merujuk kepada sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada unsur puisi tradisi khususnya pantun dan syair. Kedua-dua puisi tradisi ini kadang-kadang mempengaruhi penulisan sajak mutakhir. Ia mempunyai ciri-ciri yang ketat dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dari segi bait, rima, baris, suku kata dan sebagainya.
-          Terikat kepada pantun
* Terikat kepada pantun dikatakan pada sajak-sajak yang dipengaruhi oleh semua atau sebahagian daripada ciri-ciri dalam pantun. Dalam pantun, terdapat empat baris serangkap dengan rima akhir a/b/a/b atau dalam pantun enam kerat rima akhirnya a/b/a/b/a/b. Setiap baris dalam pantun mengandungi kira-kira empat perkataan atau lapan hingga dua belas suku kata. Dalam sesuatu rangkap empat baris, baris pertama dan baris kedua dikatakan sebagai pembayang maksud dan baris ketiga dan keempat sebagai maksud. Sesuatu rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan membawa maksudnya secara langsung.
-          Terikat kepada syair
  • Terikat kepada syair merujuk kepada sajak yang dipengaruhi sebahagian atau sepenuhnya ciri-ciri syair. Syair mengandungi empat baris setiap rangkap dengan rima akhirnya sama iaitu a/a/a/a. Setiap baris mengandungi empat perkataan atau antara lapan hingga dua belas suku kata. Syair merupakan gambaran sesebuah peristiwa atau cerita. Syair jarang boleh berdiri sendiri bagi satu-satu rangkap tetapi ia bersambungan antara satu rangkap dengan rangkap berikutnya. Cerita lama yang berbentuk syair ialah Syair Siti Zubaidah dan Syair Perahu 
Sajak Bebas
* Bentuk bebas ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang boleh diperhatikan dan dibuat pertandingan. Sajak-sajak yang ditemui mutakhir ini umumnya berbentuk bebas.
-          Sajak Visual.
  • Visual bermaksud pembentukan benda dalam sesebuah sajak. Selalunya sajak jenis ini tidak dimulakan dengan ayat-ayatnya pada awal baris seperti kebanyakan sajak. Kadang-kadang, terbentuk suatu objek apabila disambung susunan bentuk ayatnya.

Kesimpulannya, apabila kita melihat bentuk sesebuah sajak, elemen-elemen di atas patut diberikan penelitian, walaupun tidak semuanya relevan bagi membicarakan bentuk sebuah sajak. Paling kurang sesebuah sajak boleh dilihat pada baris, rangkap, rima, suku kata, visual dan unsur keterikatannya dengan puisi lama.
下次再来哟!!