Contoh Sajak I

Sajak: Kita Akan Pulang – Julaihi Abdullah
Kita akan pulang
Di atas pudak
Terserlah perhitungan
Yang panjang
Khabar yang meyakinkan
Pasti digenggam erat
Segelas air yang disaji
Bakal membasahi kerongkong

Kita akan pulang
Membuat halaman
Sejauh mata memandang
Pasti kita hidup di dalamnya
Membuat perkiraan
Untung dan rugi
Perjalanan yang terbatas ruangnya

Kita akan pulang
Membawa rindu
Dengan sekalung kasturi
Menanti di jambangannya

Kita akan pulang
Entah esok
Entah lusa
Tanpa khabar
Tanpa berita

Bentuk:
Sajak “Kita Akan Pulang” ialah karya Julaihi Abdullah. Sajak ini mengandungi 4 rangkap.
Rangkap Pertama:
-          mengandungi 8 baris ayat yang dinamakan Oktaf.

Rangkap Kedua:
-          mengandungi 7 baris yang dinamakan Septaim

Rangkap Ketiga:
-          mengandungi 4 baris yang dinamakan Quatrain

Rangkap Keempat:
-          mengandungi 5 baris ayat yang dinamakan Quint

Rima
Rima akhir yang terkandung di dalam sajak ini juga berlainan iaitu:
Rangkap Pertama : a/b/a/c/b/d/c
Rangkap Kedua : a/b/a/c/b/d/c
Rangkap Ketiga: a/b/c/d
Rangkap Keempat: a/b/c/d/c
Jumlah suku kata yang terkandung di dalam sajak ini adalah berlainan iaitu suku kata panjang dan pendek.
Suka kata panjang ialah :
Perjalanan yang terbatas ruangnya.
Berjumlah 11 suku kata

Suku kata yang pendek ialah:
yang panjang
berjumlah 3 suku kata

Nyatalah keseluruhan sajak ini berbentuk bebas dan ianya tidak terikat dengan puisi-puisi yang lainya seperti pantun, syair atau gurindam. Ini dapat dilihat dari jumlah rangkap, baris ayat, rima akhir dan jumlah suku kata yang berlainan.

Maksud:
Rangkap Pertama:
Samapi waktu dan ketikanya, kita tetap akan meninggalkan dunia yang penuh dengan kelelahan ini. Ajal maut telah ditentukan waktunya oleh Allah S.W.T tanpa seseorang pun yang tahu bila waktu atau hari dan bagaimana ianya berlaku. Kematian tidak akan ditunda-tunda dan pasti akan dialami oleh setiap makhluk dan yang hidup di dunia ini.

Rangkap Kedua:
Semua makhluk akan dibangunkan semula lalu dikumpulkan di suatu tempat perkumpulan yang luas yang dinamakan Padang Mashyar untuk ditimbang amalan, dosa dan pahala masing-masing semasa di dunia dengan seadil-adilnya.

Rangkap Ketiga:
Harta, kekayaan, kemewahan, kebebasan dan segala kesenangan di dunia hanya untuk sementara dan ianya hanya sia-sia jika tidak disertai dengan niat atau amalan yang ikhlas. Hanya amalan baik dan amal kebajikan serta pahala yang dibawa untuk menuju kebahagian yang kekal abadi di syurga.

Rangkap Keempat:
Kematian tidak mengenal orang sihat, miskin, kaya dan sebagainya. Serta tidak tahu bila waktu dan harinya. Persoalan mati adalah urusan Allah Taala, semuanya telah dirahsiakan olehNYA pada waktu yang tepat dan tidak tertangguh.

Persoalan:
Rangkap Pertama: Perjanjian manusia kepada Tuhan
Rangkap Kedua: Kehidupan dialam barzakh
Rangkap Ketiga: Balasan dari amlan yang baik
Rangkap Keempat: Masa kematian tidak diketahui

Tema:
Persediaan untuk menghadapi kematian

Corak:
Epigram: Isi kandungan sesebuah sajak yang banyak menyentuh pembentukan moral yang disampaikan dengan cara teguran, pengajaran dan nasihat yang patut diikuti oleh seseorang agar menjadi ahli masyarakat yang berguna. Di dalam sajak ini epigram memperingatkan kita sebagai masyarakat Islam agar tidak lea dengan kehidupan duniawi kerana kadang-kadang manusia tidak mempunyai kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Sunat hukumnya mengingati mati. Manusia hendaklah mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa sebagai bekalan.

Aliran:
Realisme: kenyataan atau realiti yang sebenarnya ada, iaitu yang ditemui, dilihat dan dirasakan. Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan ianya satu kepastian hakiki. Bukan sahaja kematian semata, perkara-perkara yang berhubung dengan kematian seperti alam kubur atau alam akhirat juga sesuatu pasti kerana hal sedemikian nyata dijelaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith manakala manusia hanya perlu mempercayainya.
Didaktik: Aliran ini lebih kepada mendidik masyarakat dan membimbing mereka ke arah kebaikan dan kesempurnaan lahir batin. Sajak ini memberi peringatan dan menyedarkan manusia yang sering melakukan keburukan dan kerosakan bahawa manusia akan mati dan mendapat balasannya yang setimpal dengan perbuatannya semasa hidup, ini menjadikan seseorang akan lebih sedar akan kematian dan berubah menjadi yang lebih baik dengan mengamalkan segala yang baik serta menghidari kejahatan.

Nada:
Sinis – Merujuk kepada nada yang mengandungi unsur-unsur sindiran terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Dalam sajak ini nada sinis menyindir serta memperingatkan manusia khususnya masyarakat Islam supaya ingat akan kematian agar manusia tidak lupa dan leka untuk mempersiapkan segala amalan dalam mengejar kesenangan dunia.

Gaya Bahasa:
1.      Anafora – memperlihatkan aspek pengulangan perkataan di awal baris ayat.
Entah esok
Entah lusa
Tanpa khabar
Tanpa berita

2.      Asonansi – Perulangan huruf vokal (a,e,i,o,u) dalam setiap baris dalam rangkap.
Perjalanan yang terbatas ruangnya.(R2,B7) – iaitu perulangan vokal “a” sebanyak 8 kali
Pasti kita hidup di dalamnya. (R2,B4) – iaitu perulangan vokal “i” sebanyak 4 kali

3.      Aliterasi – Perulangan konsonan dalam setiao baris dalam rangkap.
Perjalanan yang terbatas ruangnya. (R2, B7) – iaitu perulangan konsonan “n” sebanyak 5 kali.
Terserlah perhitungan (R1, B3) – iaitu perulangan konsonan “r” sebanyak 3 kali.
Membuat halaman (R2, B2) – iaitu perulangan konsonan “m” sebanyak 3 kali
4.      Paradoks – Pertentangan dalam dua keadaan atau perkara yang berlainan
Untung dan rugi (R2,B6)
Entah esok (R4, B2)
Entah lusa (R4, B3)

5.      Simbol – iaitu lambang atau penggunaan objek lain yang memberi di sebaliknya.
Di atas pudak (R1, B2)
Membuat halaman (R2, B2)
Dengan sekalung kasturi (R3, B3)

Perutusan:
Manusia perlu melakukan kebaikan sebanyak mungkin ketika hiduo kerana kebaikan itu merupakan satu-satunya bekalan untuk dibawa apabila menenpuh kematian. Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat. Amalan kebajikan itu merupakan sesuatu yang akan diambil kira untuk diberikan pembalasan akan rugilah seseorang yang mati tanpa amalan yang baik. Setiap yang hidup pasti mati, kita perlu beringat-ingat ketika hidup bahawa kematian boleh menjemput kita pada bila-bila masa tanpa amaran dan kita sepatutnya tidak menyalahkan takdir apabila berlaku kematian kerana yang demikian itu memang lumrah kehidupan.
下次再来哟!!