Mata Pelajaran: | Pendidikan Moral Tahun 2 | |
Tema/ Tajuk | Kepercayaan kepada Tuhan | |
Masa: | 7.30 – 8.00 pagi (30 minit) | |
Standard Pembelajaran: | 1.1.1, 1.1.4 | |
Objektif: | Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1. Menceritakan amalan beribadat dalam keluarga. 2. Melaksanakan amalan beribadat bersama keluarga | |
Aktiviti: | 2. Murid menceritakan amalan beribadat keluarganya berdasarkan gambar. 3. Murid melakonkan amalan beribadat yang biasa dilakukan bersama keluarga. 4. Murid menyiapkan lembaran kerja. | |
EMK: | Keusahawan – EK1 (1.8), EK5 (5.3) | |
BBM/Media: | Komputer, slaid powerpoint gambar amalan beribadat, lembaran kerja | |
Penilaian P&P: | Lembaran kerja (Padankan gambar amalan beribadat dengan agama yang berkaitan). | |
Refleksi: | 15 orang daripada 20 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid belum menguasai akan diberi bimbingan dalam aktiviti yang lain. |
Contoh Modul Pendidikan Moral Tahun 2 ini menerapkan elemen keusahawanan dengan Pendekatan Pengintegrasian. Aktiviti P&P melibatkan bercerita dan berlakon cara beribadat menurut agama masing-masing.
Dalam aktiviti P&P 1: Tiada elemen diterapkan. Murid hanya menonton video mengenai contoh-contoh amalan beribadat pelbagai agama.
Di dalam aktiviti P&P 2: Tiada elemen diterapkan. Murid hanya menceritakan cara beribadat mengikut agama masing-masing.
Di dalam aktiviti P&P 3: Ada dua elemen diterapkan.
1. Elemen Keusahawan Pertama (EK1 – 1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan). Semasa sesi berlakon, murid boleh belajar sesama sendiri tentang cara yang betul untuk sembahyang.
2. Elemen Keusahawan Kelima (EK5 - 5.3 Prinsip Hak Manusia: amalan menghormati hak manusia). Semasa sesi berlakon, murid-murid yang sedang menonton lakonan tersebut boleh memahami dengan lebih lanjut tentang amalan beribadat bangsa lain.
没有评论:
发表评论