2011年10月14日星期五

Kata Arah

Kata arah

 

Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.

Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.

Contoh

AtasBawahTepiAntara
HadapanUtaraSisiLuar

Semua hidang itu diletakkan di atas meja.

Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.

Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

Kata Keterangan

Kata Keterangan

 

1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.

2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:

(a)   Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)

(b)  Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)

2.       Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.

Contoh

cara / gayabegitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.
2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktuakan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.
2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafibukan, tidak, kecuali1. Orang itu tidak tinggal di sini.
2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanyamengapa, bagaimana, bila1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?
2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragammungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.
2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguatamat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.
2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspekbelum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.
2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.

Jenis Kata Keterangan Penggunaan dan Contohnya Ayat Contoh
Kata Keterangan Cara untuk menerangkan cara
Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan sebagainya
1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang.
2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.
Kata Keterangan Bantu untuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan
Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya
1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.
2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.
Kata Keterangan Masa untuk menerangkan masa
Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya
1. Saya harus pergi sekarang.
2. Encik Gan akan bertolak esok.
Kata Keterangan Tanya untuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab
Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya
1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?
2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu?
3. Mengapakah ayah lambat pulang?
Kata Keterangan Darjah untuk menerangkan darjah kata adjektif
Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya
1. Kelakuan budak itu agak ganjil.
2. Sedap betul masakan di restoran itu.
3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
Kata Keterangan Nafi untuk menafikan atau menyangkal
Contoh: bukan, tak, atau tidak
1. Dia bukan orang kampung itu.
2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam.
Kata Keterangan Tak Tentu untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti
Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya
1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat.
2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
kata Keterangan Penegas untuk menyatakan penegasan
Contoh: hanya, jua
Dia hanya membeli sebuku roti.
Kata
Keterangan
Kekerapan
untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya
  1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.
  2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.
Kata Keterangan Umum untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsungPasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.

Kata Bilangan

Kata Bilangan

 

1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.

2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan contohnya
kata bilangan tentusatu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahansuku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahansetiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunankedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkatpertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanyaberapa
Jenis Kata Bilangan contoh

Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.

1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.

1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.

1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.

Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.

1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Kata Sendi

Kata Sendi

 

1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap1. Adik sayang akan kucing.
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
diuntuk tempatDi dalam dompet itu ada wang.
denganuntuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu 1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
keuntuk tempat dan benda konkrit 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepadauntuk menunjukkan orang atau kata ganti diri Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter- 1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masa Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatu Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

Kata Pemeri

Kata pemeri

 

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

Rojak ialah makanan kegemaran saya.

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kata Nafi

Kata Nafi

 

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.

Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat

Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Kata Penegas

Kata Penegas

Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

- kah- lah- tahJua
JugaSahajaHanyaMemang
LagiPun   

Contoh ayat

Itulah rumah saya.

Pernahkah awak makan sup daging arnab ?

Apatah dayaku untuk menolongnya.

Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

Hanya Kamal yang belum bayar yuran.

Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
下次再来哟!!