2011年10月14日星期五

Kata Bilangan

Kata Bilangan

 

1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.

2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan contohnya
kata bilangan tentusatu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahansuku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahansetiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunankedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkatpertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanyaberapa
Jenis Kata Bilangan contoh

Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.

1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.

1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.

1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.

Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.

1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Kata Sendi

Kata Sendi

 

1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap1. Adik sayang akan kucing.
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
diuntuk tempatDi dalam dompet itu ada wang.
denganuntuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu 1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
keuntuk tempat dan benda konkrit 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepadauntuk menunjukkan orang atau kata ganti diri Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter- 1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masa Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatu Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

Kata Pemeri

Kata pemeri

 

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

Rojak ialah makanan kegemaran saya.

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kata Nafi

Kata Nafi

 

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.

Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat

Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Kata Penegas

Kata Penegas

Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

- kah- lah- tahJua
JugaSahajaHanyaMemang
LagiPun   

Contoh ayat

Itulah rumah saya.

Pernahkah awak makan sup daging arnab ?

Apatah dayaku untuk menolongnya.

Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

Hanya Kamal yang belum bayar yuran.

Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Penguat

Kata Penguat

 

1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

PalingAgakSungguhAmat
TerlaluNianBenarPaling

3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.

4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.

5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.

2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.

4.     Kereta api itu sangat laju.

5.     Kereta itu laju sangat.

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah-lah-tahjua
JugaSahajaHanyaMemang
Lagipun   

Contoh

1.     Itulah rumah saya.

2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.

3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.

4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.

6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Nafi

1.     Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3.     Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

 Contoh

a)     Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

b)     Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.

4.     Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh

a)     Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

b)     Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5.     Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh

a)     Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Kata Pemeri

1.     Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

2.     Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3.     Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.

4.     Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh

a)     Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

b)     Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

c)      Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kata Bantu

Kata Bantu

 

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.

Contoh

AkanBelumMasih
TelahSudahHarus
BolehDapatHendak
Mesti   

1.     Kereta api dari utara telah sampai.

2.     Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.

3.     Adik Rahimah belum tahu berjalan.

4.     Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.

5.     Encik Borhan hendak pergi memancing esok.
下次再来哟!!