Aktiviti Hari Jualan Di S.J.K. C Cheng, Melaka
Tarikh : 10 November 2011
Pengerusi : Pn. Lai Fong Sin
Murid Yang Terlibat : Murid Tahun 4 - Tahun 6
Pelaksanaan Jualan :
- Aktiviti ini berjalan dengan lancar dari pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi.
- Pembelian daripada para murid amat menggalakkan
- Harga jualan adalah tertakluk kepada harga semasa
- Jualan lelong makanan dan minuman diberi diskaun30% dari harga biasa untuk menghabiskan stok
- Jumlah keuntungan dipulangkan kepada murid-murid yang terlibat.
Tujuan mengadakan hari jualan :
1. Program hari jualan dilaksanakan bukanlah bermatlamat menguntung sebaliknya dengan tujuan untuk menjayakan program sekolah serta memupuk minat murid dalam bidang berniaga tetapi lebih lagi menuju ke matlamat keusahawanan.
2. Selain itu, mendedahkan situasi sebenar perniagaan kepada murid serta memberi pengalaman langsung kepada murid-murid dalam melaksanakan urusan perniagaan.
3. Penetapan harga juga adalah berdasarkan kemampuan murid-murid.
Penutup :
Program ini telah Berjaya mendedahkan dan memberi pengalaman langsung kepada murid-murid mengenai pengurusan perniagaan kecil-kecilan. Diharapkan pengalaman ini dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menceburkan diri dalam perniagaan.